- Home
- Perutusan
- Kenali Puspanita
- Panduan Kerja
- Pekeliling
- Galeri
- Muat turun
- Hubungi Kami
7 Jun 2024
Majlis Peluncuran Kempen Harum Kinabalu anjuran PUSPANITA Cawangan Sabah dengan rakan kolaborasi PUSPANITA Cawangan Bandaraya Kota Kinabalu dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah berlangsung dengan jayanya di kawasan pasar Kota Kinabalu.
Program cetusan idea YBhg. Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah bertujuan mewujudkan persekitaran yang bersih, ceria dan selamat untuk dikunjungi di samping meningkatkan kesedaran kebersihan dikalangan masyarakat setempat dan pemilik premis.
Majlis peluncuran ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Sabah. Turut hadir memeriahkan majlis, YBhg. Dato' Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dan YBhg. Datin Sri Hajah Adreen Aderizza binti Mohamad Soffi, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Bandaraya Kota Kinabalu.
Kemuncak program ini adalah memberi penjenamaan pasar kepada "Anjung Kinabalu". Setiap blok-blok pasar dijenamakan, diantaranya ialah "D'Walai Suri" (Pasar Malam), "D'Walai Mutiara" (Pasar Kraftangan), "D'Walai Cincin" (Pasar Sinsuran), "D'Walai Haruman" (Pasar Buah) dan "D'Walai Matabiru" (Pasar Ikan).
Syabas dan Tahniah kepada semua JK Pelaksana dan persatuan yang terlibat menjayakan program ini.
#harumkinabalu
#D'Walai Matabiru
#D'Walai Cincin
#D'Walai Mutiara
#D'Walai Suri
#D'Walai Haruman
#kelibatnyaanggunkelihatan