Video: MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-41

27 Februari 2024 - Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-41 telah berlangsung di Ballroom 2, Level 1, The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu. Majlis Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Sabah.
Majlis ini telah dihadiri oleh hampir 800 ahli dan ketua-ketua Jabatan. Buat pertama kalinya persembahan deklamasi sajak bertajuk "Wanita Idaman" hasil nukilan YBhg. Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah.
Seramai 14 penerima Sijil Penghargaan disampaikan kepada JKK Induk dan Pengerusi Cawangan Daerah yang bersara dan berpindah. Turut disampaikan 13 Anugerah Khas sempena Majlis Perasmian MAT-41, diantaranya adalah Anugerah Kelibatnya Berwibawa dan penerimanya adalah Datin Hajah Faridah binti Haji Jaafar diatas perkhidmatan cemerlang dan sumbangan sebagai Pengerusi Pelaksana Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2020 hingga 2024. Seterusnya Anugerah Global PUSPA diberikan kepada Puan Zaiton Bakri, Pelaksana Program Global Outreach PuSaCa. Anugerah Khas PUSPA pula diberikan kepada Cik Syariffah Aznoor Haji Jap. Anugerah Charity Leading Excellence diberikan kepada Prof. Dr. Khadizah binti Osman. Anugerah "Siti Khadijah Idaman" diberikan kepada Ustazah Hajah Aishah Gani dan Hajah Nasah Bonlinsai. Anugerah Khidmat Digital Kreatif diberikan kepada Puan Hajah Norasma Haji Jifli. Anugerah Kelibatnya Kelihatan diberikan kepada PUSPANITA Cawangan Daerah Sandakan dan Tawau. Bagi menghargai sokongan penasihat-penasihat cawangan Anugerah Supportive Mentor diberikan kepada Penasihat PUSPANITA Daerah Papar dan Beaufort. Manakala untuk Anugerah Mentor Harapan pula diberikan kepada Penasihat PUSPANITA Daerah Tenom dan Kalabakan.