KUNJUNGAN HORMAT PUSPANITA CAWANGAN SABAH KEPADA YANG AMAT BERBAHAGIA TOH PUAN DATIN SERI PANGLIMA DATUK HAJAH FARIDAH BINTI HAJI TUSSIN

Description

20 Oktober 2026: KUNJUNGAN HORMAT PUSPANITA CAWANGAN SABAH KEPADA YANG AMAT BERBAHAGIA TOH PUAN DATIN SERI PANGLIMA DATUK HAJAH FARIDAH BINTI HAJI TUSSIN

Kunjungan hormat PUSPANITA Cawangan Sabah kepada Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tussin, isteri kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, telah diketuai oleh YBhg. Datin Hajah Siti Yuslaini binti Haji Mohd Samsuri, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah.

Kunjungan hormat ini merupakan satu penghormatan dan kesempatan yang amat bermakna dalam mengeratkan hubungan silaturahim, di samping memperkukuh semangat kebersamaan serta memperkenalkan aspirasi dan hala tuju PUSPANITA Cawangan Sabah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dizahirkan kepada Yang Amat Berbahagia Toh Puan atas kesudian menerima kunjungan hormat ini.

#PUSPANITACawanganSabah #KunjunganHormat #WanitaBerdaya #PUSPANITASabah

Photos
Event date
Category
District