21 Oktober 2026: PERBINCANGAN PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN SABAH BERSAMA JKK SUKAN & REKREASI
Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah, YBhg. Datin Hajah Siti Yuslaini binti Haji Mohd. Samsuri, telah mengadakan sesi perbincangan bersama Jawatankuasa Kecil (JKK) Sukan & Rekreasi bagi membincangkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang bakal dianjurkan.
Pertemuan ini menjadi ruang perkongsian idea dan pandangan dalam merangka aktiviti yang menarik, bermanfaat serta mampu menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan ahli PUSPANITA.
Semoga segala perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan ahli.
#PUSPANITACawanganSabah #JKKSukandanRekreasi #GayaHidupSihat #PUSPANITASabah

