PERTEMUAN MUHIBAH PUSPANITA CAWANGAN SABAH BERSAMA KOPUSPA BERHAD

Description

15 September 2026 | Bilik Mesyuarat PUSPANITA Cawangan Sabah

Satu Pertemuan Muhibah telah berlangsung antara YBhg. Datin Hajah Siti Yuslaini binti Haji Mohd. Samsuri, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah, bersama Ahli Pentadbiran dan Koperasi PUSPA Sabah (KOPUSPA) Berhad dalam suasana mesra dan penuh harmoni.

Delegasi KOPUSPA Berhad diketuai oleh YBhg. Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda binti Haji Alias, bersama ahli-ahli KOPUSPA Berhad.

Pertemuan ini menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan silaturahim, bertukar pandangan serta memperkukuh jalinan kerjasama antara PUSPANITA Cawangan Sabah dan KOPUSPA Berhad.

Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat serta membuka ruang ke arah kerjasama yang dapat memberi manfaat bersama pada masa akan datang.

#PUSPANITACawanganSabah #KOPUSPABerhad #PertemuanMuhibah #PUSPASehati

Photos
Event date
Category
District