CERIA RIA BERSAMA KELUARGA PUSPANITA 2026

Description

“PUSPA CERIA, KELUARGA BAHAGIA”

📅 5 September 2026 | Shangri-La Rasa Ria Resort 

Penuh gelak tawa, kemesraan dan semangat kekeluargaan! 💕 Warga PUSPANITA dari seluruh Sabah telah berkumpul bersama bagi meraikan Program “Ceria Ria” Bersama Keluarga PUSPANITA dalam suasana yang cukup meriah dan penuh keceriaan.

Pelbagai aktiviti menarik telah memeriahkan program antaranya senamrobik, baling kelapa, batu seremban, congkak, pertandingan mewarna kanak-kanak, reruai usahawan dan jualan serta pelbagai aktiviti lain yang mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama warga PUSPANITA dan keluarga. 🥥🎨🏃🏻‍♀️

Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Zainudin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Sabah.

Lebih daripada sekadar hari keluarga, 'Ceria Ria' menjadi medan menyatukan warga PUSPANITA dari seluruh pelusuk Sabah, mencipta kenangan indah dan meraikan kebersamaan sebagai sebuah keluarga besar. 💐✨

PUSPA CERIA, KELUARGA BAHAGIA! 💗

Video Highlight: https://youtu.be/-v-s39sexVs

Photos
Event date
Category
District