Pada 2 September 2026, PUSPANITA Cawangan Sabah telah mengadakan Program Sihat Merdeka bertemakan “PUSPA SIHAT, GENERASI HEBAT” bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah ke-69.
Program dimulakan dengan aktiviti senaman pagi, diikuti dengan aktiviti menceriakan dan memperindah kawasan sekitar Wisma PUSPANITA melalui penanaman pokok bunga yang telah disumbangkan oleh PUSPANITA Cawangan Kota Kinabalu.. Semangat patriotik turut disemarakkan menerusi nyanyian lagu “Keranamu Malaysia” bersama-sama.
Program ini dianjurkan oleh JKK Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama JKK Pengurusan Wisma PUSPANITA, sebagai usaha membudayakan gaya hidup sihat, mengeratkan kebersamaan serta menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan ahli PUSPANITA Cawangan Sabah.
PUSPA Sihat, Generasi Hebat! ![]()
Credit to JKK Kebudayaan Cawangan Puspanita Sabah for the video: https://www.youtube.com/watch?v=bqjLFpiFxWE

