Farewell Dinner

Description

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan buat YBhg. Datin Hajah Faridah Jaafar dan YBhg. Datin Christine Teresa Netto sempena persaraan mereka, yang telah banyak mencurahkan khidmat bakti serta menjadi antara tulang belakang PUSPANITA Cawangan Sabah.

Majlis yang dianjurkan oleh YBhg. Datin Hajah Siti Yuslaini binti Mohd Samsuri, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah, bersama barisan Pentadbiran PCS, turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda binti Alias yang turut meluangkan masa untuk meraikan kedua-dua yang diraikan.

Setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan. Semoga dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu. 🌷

Photos
Event date
Category
District