26 Jun 2026 | Majlis Clock Out
Majlis Clock Out telah diadakan bagi meraikan persaraan YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Sabah, bersama YBhg. Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah.
Majlis ini turut menyaksikan penyerahan tugas kepada YB Datuk Zainudin Aman sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu, serta penyerahan watikah pelantikan kepada YBhg. Datin Hajah Siti Yuslaini binti Mohd Samsuri sebagai Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah yang baharu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Bin Untong, JP serta YBhg. Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda binti Haji Alias atas segala jasa, bakti, kepimpinan, tunjuk ajar dan inspirasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan, serta dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati kedua-duanya.

