Simposium Muslimah Sabah 2026 “Kelibat Anggun Generasi Unggul”

Description

Simposium Muslimah Sabah 2026

“Kelibat Anggun Generasi Unggul”

Buat julung kalinya dianjurkan di Sabah, program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 27 April 2026 di Grand Ballroom 1, The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.

Program ini merupakan hasil kerjasama erat PUSPANITA, JHEAINS, INSAN dan JHEWA, serta berjaya menghimpunkan lebih 500 peserta terdiri daripada 21 NGO dan kakitangan Kerajaan Negeri Sabah.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tussin, yang telah menyempurnakan perasmian simposium ini.

Antara pengisian utama:

• Ucapan Utama oleh Sharifah Hayaati binti Syed Ismail bertajuk “Sentuhan Muslimah Terbentuknya Generasi”

• Santapan Rohani oleh Nazirah Binti Abu Bakar bertajuk “Jalan ke Syurga Kita Berbeza”

• Forum Perdana Muslimah “Wanita Biasa, Amanah Luar Biasa” dikendalikan oleh Hariri Mohamad Daud bersama panel jemputan

Simposium ini menjadi platform memperkasa wanita melalui ilmu, perkongsian dan jaringan ke arah melahirkan generasi Muslimah yang unggul dan berdaya saing.

✨ Kelibat Anggun, Generasi Unggul

✨ Bersama kita melakar masa depan wanita Sabah

Photos
Event date
Category
District