Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-43 PUSPANITA Cawangan Sabah (PCS) Tahun 2026 telah diadakan pada 13 Februari 2026 bertempat di Sipadan 1, Aras 4, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu dan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Sabah. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Daerah, Penolong-Penolong Pegawai Daerah serta ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Sabah. Antara pengisian Majlis adalah Majlis Perasmian dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengerusi-Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah yang bersara. Seterusnya, Mesyuarat Agung Tahunan Ke-43 PCS bersidang sejurus selesainya Majlis Perasmian dengan pembentangan laporan aktiviti dan laporan kewangan tahun 2025.
Description
Photos
Event date
Category
District

