Program Santai Wanita Di Daerah Beaufort

Description

PUSPANITA Cawangan Sabah dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Daerah Beaufort telah mengadakan Program Santai Wanita sempena Majlis Lawatan Amal Ke Institusi Kebajikan Sempena Ulangtahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Peringkat Negeri Sabah 2024. Tetamu kehormat adalah Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr.) Hajah Norlidah Binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni diiringi oleh Yang Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Dr Hajah Nuinda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah. Program ini telah diadakan di Pusat Wanita Sabah, Beaufort. Diantara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah aktiviti menumpah @ memasak ambuyat dan membuat cecah ambuyat, aktiviti mengelupis, aktviti membuat kuih tumpi dan talam ubi kayu. Aktiviti menyulam manik untuk baju etnik Sabah juga dilaksanakan pada petang tersebut.

#kelibatnyaanggunkelihatan

Photos
Event date
Category
District