LAWATAN MUHIBBAH KE PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KELANTAN

Description

Seramai 11 ahli PUSPANITA Cawangan Sabah yang diketuai oleh YBhg. Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda Binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah membuat lawatan Muhibbah ke PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan. Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh YBhg.Datin Ts.Azlina Bt.Ahmad, Timbalan Pengerusi I mewakili YBhg.Datin Kaya Setia Datin Dr. Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan. Hadir bersama adalah ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan. Rombongan PUSPANITA Cawangan Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg.Datin Ts.Azlina Bt.Ahmad, Timbalan Pengerusi dan semua ahli-ahli PUSPANITA yang hadir kerana layanan baik yang diberikan. Semoga berjumpa lagi dilain waktu.

#kelibatnyaanggunkelihatan

#kelibatnyadiNegeriKelantanDarulNaim

Photos
Event date
Category
District