DAY 1-GLOBAL OUTREACH PROGRAMME PUSACA

Description

DAY 1

GLOBAL OUTREACH PROGRAMME

PuSaCa

PUSPANITA Sabah Cambodia

Keberangkatan rombongan PuSaCa ke Cambodia untuk Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Cambodia diketuai oleh YBhg Datin Seri Panglima Datuk Dr Hajah Nuinda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah dan 12 ahli JKK dan Pentadbiran.

Perjalanan seawal jam 5.00 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum memulakan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Cambodia.

Hari pertama di Phnom Penh memulakan lawatan ke H.E. Raudah, The Secretary of state of The Ministry of Mines and Energy Cambodia. Kemudian meneruskan lawatan ke Kedutaan Malaysia di Cambodia. Puan Nur Zazzila binti Ghazali, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan Malaysia menyambut ketibaan rombongan PUSPANITA Cawangan Sabah.

Makan malam di Padang Nusantara Restaurant, menghidangkan masakan ala Cambodia.

#KelibatnyaKelihatanDiCambodia

#kelibatnyaanggunkelihatan

Photos
Event date
Category
District