- Home
- Perutusan
- Kenali Puspanita
- Panduan Kerja
- Pekeliling
- Galeri
- Muat turun
- Hubungi Kami
Program Jom Kupi-Kupi 2.0 bertemakan "Kelibatnya Menyemai Kasih, Mengharum Budi", yang dianjurkan oleh JKK Keahlian yang dipengerusikan oleh YBhg. Datin Junaida Abidin, telah berlangsung dengan penuh keseronokan dan bermakna. Program ini dirasmikan oleh DSP, menandakan permulaan satu hari yang sarat dengan ilmu, motivasi, dan interaksi yang hangat.
Bertempat di Sipadan Hall III, Level 4, SICC Kota Kinabalu, program yang bermula seawal 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran penulisan minit mesyuarat dan surat rasmi melalui bengkel interaktif Puan Illies William Nafsiah Liam, lengkap dengan kuiz Kahoot yang menyeronokkan.
Selain itu, peserta turut dibekalkan inspirasi melalui ceramah motivasi bertajuk “Goodbye Stress, Hello Tenang” oleh YBhg. Puan Natasha Haneem Yusoff Izzudin K.B.P., Kaunselor Berdaftar. Ceramah ini memberi panduan kepada wanita moden yang berperanan serba boleh dan berdedikasi tentang bagaimana menghadapi stres dengan lebih tenang — bukan bermakna stres itu terus hilang, tetapi cara kita mengurusnya dengan bijak, positif, dan seimbang dalam kehidupan seharian.
Suasana program semakin meriah dengan sesi perkenalan ahli baharu, persembahan nyanyian dan tarian yang menghidupkan suasana, serta penyampaian sijil sebagai penghargaan kepada semua peserta yang hadir.
Program ini bukan sahaja memberi ilmu dan inspirasi, malah membina ruang untuk berkongsi pengalaman, mengeratkan hubungan, dan mencipta kenangan manis bersama rakan-rakan.
Belajar, santai, dan eratkan silaturahim – itulah semangat Jom Kupi-Kupi 2.0!