- Home
- Perutusan
- Kenali Puspanita
- Panduan Kerja
- Pekeliling
- Galeri
- Muat turun
- Hubungi Kami
Kursus Demonstrasi Pembuatan Tapai Warisan bertemakan “Dari Dapur Nenek ke Hati Generasi”, anjuran Jawatankuasa Kecil Ekonomi RumahTangga dan Kraftangan yang dipengerusikan oleh
Datin Dr. Shuhadah Binti Mustapha, telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan nilai warisan. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah.
Bertempat di Dewan PUSPA Seri Faridah, Wisma PUSPANITA, kursus yang bermula seawal 8.00 pagi hingga selesai ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada kaedah pembuatan tapai tradisional, malah memberi peluang kepada semua peserta untuk turut serta secara langsung, merasai sendiri proses pembelajaran yang bermakna.
Proses pembuatan Tapai telah diajar oleh Datin Kamariah, manakala proses pembuatan Kuih Koci pula dikendalikan oleh Puan Mariamah binti Sedan, sekali gus menambah nilai ilmu dan pengalaman kepada para peserta.
Program ini turut dihadiri oleh ahli-ahli PUSPANITA yang berkelapangan, yang bersama-sama mengabadikan kenangan indah melalui penglibatan aktif sepanjang program berlangsung. Melalui kebersamaan ini, warisan kulinari tradisional terus diraikan, hubungan persahabatan diperkukuh, dan detik-detik indah berjaya dicipta sebagai kenangan berharga buat semua yang hadir.
Dari dapur nenek, lahir nilai, kebersamaan dan kenangan yang kekal.