- Home
- Perutusan
- Kenali Puspanita
- Panduan Kerja
- Pekeliling
- Galeri
- Muat turun
- Hubungi Kami
Program ZIYANA – Ziarah Kasih Anak Yatim & Asnaf telah berjaya dilaksanakan pada 16 Disember 2025 bertempat di Masjid Jamek Kundasang dalam suasana yang penuh keberkatan. Program ini merupakan salah satu aktiviti prihatin Jawatankuasa Kecil Agama (JKK Agama), PUSPANITA Cawangan Sabah, bertujuan menyantuni golongan anak yatim dan asnaf serta memperkukuh nilai keprihatinan dan kasih sayang dalam kalangan ahli. Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Faridah Hj. Jaafar, Timbalan Pengerusi I, PUSPANITA Cawangan Sabah.