- Home
- Perutusan
- Kenali Puspanita
- Panduan Kerja
- Pekeliling
- Galeri
- Muat turun
- Hubungi Kami
PUSPANITA Cawangan Sabah terus mencipta kenangan manis dalam Program Kembara KELAWI yang berlangsung dari 24 hingga 28 September 2025!
Bermula dengan Majlis Ramah Mesra bersama PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah di Medina Thai Palace, hingga ke lawatan sekitar Alor Setar
Menara Alor Setar, Muzium Padi, Muzium DiRaja, Masjid Zahir, Pekan Rabu dan Dusun Rifaa. Setiap hentian penuh dengan cerita dan senyuman!
Perjalanan diteruskan ke Langkawi dengan kunjungan hormat ke PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi di Kompleks Kraf Langkawi serta lawatan ke pelbagai destinasi menarik seperti Dream Forest Langkawi, Langkawi Skybridge, SkyCab, Eagle’s Nest SkyWalk, 3D Art Museum, Idaman Suri, RAMS dan HIG!
Kembara ini bukan sekadar perjalanan, ia adalah pengalaman, persahabatan dan inspirasi yang dibawa pulang bersama.