- Home
- Perutusan
- Kenali Puspanita
- Panduan Kerja
- Pekeliling
- Galeri
- Muat turun
- Hubungi Kami
Program RIUH bersama keluarga PUSPANITA Cawangan Sabah bagi tahun 2025 telah berlangsung di Pantai Manis, Papar dan telah disempurnakan oleh YANG BERHORMAT DATUK SERI PANGLIMA SR. HAJI SAFAR BIN UNTONG, JP ., Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Sabah. Hampir 1000 ahli telah membanjiri Pantai Manis bagi memeriahkan lagi program tersebut. Pelbagai sukan rakyat telah dilaksanakan dan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan ahli. Diantara yang menarik adalah senam robik, telah disertai oleh semua tetamu undangan dan ahli. Tidak ketinggalan juga hadiah-hadiah cabutan tiket bertuah telah disediakan untuk dimenangi.
Diantara pengisian aktiviti dalam program ini adalah:
1. Penanaman pokok hibrid di SK Pantai Manis.
2. Penyampaian Sumbangan Kebajikan (Kerusi Roda, Sejadah dan Kerusi)
3. Penyampaian Sumbangan PCDBKK kepada Pusat Pendidikan Khas Integrasi, SK Pantai Manis, Papar.
Syabas dan Tahniah kepada JKK Pelaksana RIUH bersama Keluarga PUSPANITA Cawangan Sabah bagi tahun 2025.