- Home
- Perutusan
- Kenali Puspanita
- Panduan Kerja
- Pekeliling
- Galeri
- Muat turun
- Hubungi Kami
8 Oktober 2026 | Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, Wisma PUSPANITA
JKK Kebajikan PUSPANITA Cawangan Sabah telah mengambil inisiatif menganjurkan penyerahan Sumbangan Kasih @ Semboyan 2/26 sebagai tanda keprihatinan, kasih sayang dan solidariti terhadap keluarga YBhg. Datin Hajah Noraisah binti Abdillah yang baru-baru ini telah ditimpa musibah kebakaran rumah.
Sumbangan ini merupakan hasil keprihatinan dan sokongan daripada ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Sabah yang turut bersimpati dengan ujian yang dihadapi oleh keluarga beliau. Inisiatif ini mencerminkan semangat kebersamaan, keprihatinan dan nilai kekeluargaan yang sentiasa menjadi teras dalam komuniti PUSPANITA.
Semoga sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan beban serta memberikan sedikit kekuatan dan semangat kepada keluarga beliau dalam menghadapi dugaan ini. Diharapkan agar keluarga YBhg. Datin Hajah Noraisah diberikan ketabahan, kesabaran dan kemudahan dalam segala urusan untuk membina semula kehidupan.