- Home
- Perutusan
- Kenali Puspanita
- Panduan Kerja
- Pekeliling
- Galeri
- Muat turun
- Hubungi Kami
Kali ini, PUSPANITA Cawangan Sabah turut memeriahkan sambutan dengan menyertai Pertandingan Sepanduk & Kontinjen Sempena Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1448H/2026M.
Perarakan bermula dari Padang Merdeka menuju ke Sabah International Convention Centre (SICC).
Syabas dan tahniah diucapkan atas komitmen dan semangat yang diberikan kepada semua warga PUSPANITA Cawangan Sabah yang menyertai perarakan ini! ![]()
![]()
Alhamdulillah, PUSPANITA Cawangan Sabah berjaya meraih Saguhati Tempat Ke-5 bagi Pertandingan Sepanduk! ![]()
Anda semua memang hebat! ![]()
![]()
Semoga perarakan ini bukan sekadar memeriahkan sambutan, tetapi turut menjadi wadah untuk menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta mempereratkan silaturahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga PUSPANITA Cawangan Sabah. ![]()
![]()
Sorotan video daripada Pertandingan Sepanduk & Kontinjen Sempena Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1448H/2026M hari ini.
Credit to source of the video: https://www.tiktok.com/@siccsabah/video/7677864005079452946?_r=1&_t=ZS-…