- Home
- Perutusan
- Kenali Puspanita
- Panduan Kerja
- Pekeliling
- Galeri
- Muat turun
- Hubungi Kami
Tinjauan Tapak "Harum Kinabalu" telah diadakan dibeberapa tempat yang telah dikenalipasti diantaranya Pasar Kraftangan Kota Kinabalu, Masjid Al Aman, Night Food Market dan Pasar UNCHR (Keropok). PUSPANITA Cawangan Sabah yang diketuai oleh Datin Seri Panglima Datuk Dr Hajah Nuinda binti Haji Alias dan rombongan hadir bagi menjayakan program ini. Hadir bersama adalah Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Seri Dr Sabin Samitah dan isteri Datin Sri Adreen Aderizza Mohamad Soffi, Pengerusi PUSPANITA Dewan Bandaraya Kota Kinabalu serta rombongan. Program ini adalah merupakan program bersama julung-julung kali diadakan bersama DBKK bagi memastikan Bandaraya Kota Kinabalu bukan sahaja cantik malah harum dimana-mana.