- Home
- Perutusan
- Kenali Puspanita
- Panduan Kerja
- Pekeliling
- Galeri
- Muat turun
- Hubungi Kami
DAY 4
GLOBAL OUTREACH PROGRAMME
PuSaCa PUSPANITA Sabah Cambodia
Hari ke 4 melawat ke Tuol Sleng Genocide Museum. Tuol Sleng ialah sebuah sekolah di pusat Phnom Penh yang berkhidmat sebagai S-21 semasa pemerintahan Khmer Rouge. Ia beroperasi sebagai pusat tahanan dan penyeksaan. Dari 1976 hingga 1979, dianggarkan 20,000 orang telah dipenjarakan di Tuol Sleng (bilangan sebenar tidak diketahui). Pada satu-satu masa, penjara itu menahan antara 1,000 dan 1,500 banduan. Daripada anggaran 20,000 banduan, hanya tujuh yang terselamat.
Kemudian meneruskan perjalanan ke pinggir bandar ke Choeung Ek. Hampir 9,000 mayat ditemui di kubur besar. Tempat ini lebih dikenali sebagai Killing Fields. Sejarah ini merupakan detik kekejaman terhebat didunia pada ketika itu.
Seterusnya meneruskan perjalanan dan mengunjungi Timbalan Mufti Cambodia, menyampaikan sumbangan naskah Al Quran keluaran Malaysia. Disamping itu menyampaikan sumbangan tudung dan goodies untuk pelajar muslimah yang belajar di Madrasah tersebut.
Sekali lagi rombongan dibawah untuk membeli belah di Central Market. Terdapat banyak jenis cenderahati, batu cincin pertama keluaran Cambodia dan buah Gajus dijual di pasar ini.
Sebelah malam rombongan menikmat makanan laut di Restauran sekitar Phnom Penh. Kemudian meraikan hari jadi 2 ahli rombongan di Hotel penginapan.