- Home
- Perutusan
- Kenali Puspanita
- Panduan Kerja
- Pekeliling
- Galeri
- Muat turun
- Hubungi Kami
Sandakan
YBhg Datin Seri Panglima Datuk Dr Hajah Nuinda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah diiringi YBhg Datin Hajah Faridah Haji Jaafar, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah serta rombongan melawat ke Muzium atau Rumah Agam Agnes Keith yang terletak di Jalan Istana, Sandakan, Sabah. Rumah ini pernah menjadi kediaman Agnes Newton Keith, penulis buku tersohor dari Amerika Syarikat bersama suami beliau, Harry Keith dan anaknya, George Keith. Rumah ini satu masa dahulu pernah terbiar dan hampir musnah sebelum Jabatan Muzium Negara Sabah mengambil inisiatif memulihara rumah ini pada tahun 2001. Satu proses pemuliharaan yang masih lagi mengekalkan struktur asal agar ianya tidak jauh berbeza berbanding yang dahulu. PUSPANITA Daerah Sandakan merupakan penghuni terakhir Rumah Agam Agnes Keith.
#puspanitacawangansabah
#kelibatnyaanggunkelihatan
#puspanitakebajikan
#puspanitaTabungKasihPuspa