- Home
- Perutusan
- Kenali Puspanita
- Panduan Kerja
- Pekeliling
- Galeri
- Muat turun
- Hubungi Kami
Program Magical Train Ride with Toh Puan telah disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni di Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Memulakan perjalanan seawal 8.30 pagi sejauh 90 kilometer, dari Stesen Keretapi Tanjung Aru dan berakhir di Stesen Keretapi Beaufort.
YBhg Datin Seri Panglima Datuk Dr Hajah Nuinda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Program berkata, program tersebut membantu meningkatkan pakej pelancongan melalui keretapi dan membuka peluang kepada kaum wanita memperkenalkan produk mereka sekaligus menjana pendapatan, khususnya di lokasi-lokasi persinggahan utama.
Melalui program ini juga, ahli PUSPANITA dapat meningkatkan kemahiran mereka antaranya kemahiran berkomunikasi dan pengurusan program. Sepanjang persiapan untuk melaksanakan program ini, ahli yang terlibat dapat belajar dan menggunakan pelbagai kemahiran kerana program ini melibatkan kerjasama dengan jabatan-jabatan lain.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan iaitu lebih kurang 300 orang termasuk ahli PUSPANITA, rombongan Istana, Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA-GRS),Kumpulan Pengajian Orang Pencen (KPOP) dan rakan-rakan media dari pelbagai agensi .