- Home
- Perutusan
- Kenali Puspanita
- Panduan Kerja
- Pekeliling
- Galeri
- Muat turun
- Hubungi Kami
RUBY PUSPA NITE
40 TAHUN PUSPANITA CAWANGAN
"Kelibatnya Anggun Pesona"
Grand Ballroom, Magellan Sutera
Kota Kinabalu
RUBY PUSPA NITE 40 TAHUN PUSPANITA CAWANGAN SABAH(PCS) telah disempurnakan oleh YABhg. Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, Penaung PUSPANITA Cawangan Sabah. Seramai 750 ahli telah hadir memeriahkan majlis.
Sempena sambutan 40 tahun PCS, PUSPANITA Cawangan Sabah telah menyampaikan Anugerah Khas Jula Juli Bintang 7. Anugerah Sri Kandi diberikan kepada Yang Berbahagia Puan Sri Hajah Zainab Aman, Pengerusi PCS Pertama. Anugerah Bakti Setia diberikan kepada Yang Berbahagia Puan Sri Hajah Hairani binti Hussaini, Pengerusi Kelima PCS - merupakan Pengerusi yang berkhidmat paling lama iaitu dari tahun 2007-2019 (12 tahun), Anugerah Meniti Zaman diberikan kepada Yang Berbahagia Datuk Hajah Noni J Said, merupakan ahli PCS yang aktif sejak penubuhan sehingga sekarang. Anugerah Kelibatnya Kelihatan peringkat JKK Induk diberikan kepada Jawatankuasa Kecil Agama, merupakan JKK yang aktif sejak 4 dekat secara konsisten. Anugerah Kelibatnya Kelihatan peringkat Cawangan Daerah diberikan kepada PUSPANITA Cawangan Daerah Ranau, dipilih kerana aktif secara konsisten sejak 4 dekat. Anugerah Sanjungan Budi diberikan kepada Mendiang Judy Wong Kim Yin mantan Bendahari PCS, berkhidmat selama 28 tahun bersama PCS. Anugerah Inspirasi PUSPA dinobatkan kepada Yang Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Dr Hajah Nuinda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah, merupakan pengerusi yang banyak menerima Anugerah Tokoh dan terkini telah dinobatkan Anugerah Tokoh Wanita Peringkat Negeri Sabah 2023.
Diantara hadiah yang telah disampaikan adalah pemenang Kempen Jom Sertai PUSPANITA. Pemenang bagi kategori Jabatan telah diberikan kepada Jabatan Bendahari Negeri kerana telah mengumpul ahli baharu yang teramai semasa kempen. Pemenang bagi kategori Daerah diberikan kepada Daerah Tuaran.