- Home
- Perutusan
- Kenali Puspanita
- Panduan Kerja
- Pekeliling
- Galeri
- Muat turun
- Hubungi Kami
Hari Kedua
Sesi 1
Program "Together We Care", Program Penyerahan Bantuan Persekolahan, Set Jersi Sukan Sekolah, Sumbangan Kerusi & Sesi Motivasi di SK Pulau Mantanani, Kota Belud. Program disempurnakan oleh YBhg Datin Seri Panglima Datuk Dr Hajah Nuinda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah. Hadir bersama Guru Besar SK Pulau Mantanani Tuan Zukri Hamzah.
Sesi 2
Pelancaran dan Lawatan ke Booth Kesihatan serta Penyerahan HYGIENE CARE KITS di SK Pulau Mantanani, Kota Belud. Program Pemeriksaan Kesihatan dan Rawatan Ringan untuk kanak-kanak 12 tahun kebawah adalah kerjasama Jawatankuasa Kecil Kesihatan PUSPANITA Cawangan Sabah dan Kementerian Kesihatan Daerah Kota Belud. Pemeriksaan yang dijalankan adalah seperti berikut:
1. Pemeriksaan berat badan dan sukat tinggi
2. Pemeriksaan fizikal kanak-kanak
3. Pemeriksaan/Rawatan kutu
4. Penilaian imunisasi kanak-kanak
5. Penilaian perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak
6. Teknik cuci tangan yang betul dan
7. Teknik berus gigi yang betul
Program kesihatan ini telah dihadiri oleh 138 murid-murid SK Pulau Mantanani, Kota Belud.
Sesi 3
Perasmian Penanaman Pokok Buah-buahan dan Pelancaran "Mini Perpustakaan Jalanan ( Mini Street Library) PUSPANITA Cawangan Sabah", disempurnakan oleh YBhg Datin Seri Panglima Datuk Dr Hajah Nuinda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah.
Sesi 4
Penyerahan Sumbangan Sejadah, Naskah Al Quran dan Set PA System serta Kerusi Roda disampaikan oleh YBhg Datin Seri Panglima Datuk Dr Hajah Nuinda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah.