- Home
- Perutusan
- Kenali Puspanita
- Panduan Kerja
- Pekeliling
- Galeri
- Muat turun
- Hubungi Kami
Majlis Hari Raya Aidil Fitri dan Tadau Kaamatan 2022 telah diadakan di Dewan PUSPA Seri Faridah, Wisma PUSPANITA. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah. Penganjuran gabungan dua perayaan ini buat julung kali telah diadakan dalam suasana mesra dan terbuka. Gabungan dua perayaan ini amat bermakna kerana ia merupakan peluang untuk ahli yang berbilang kaum, agama dan budaya bersama-sama berkongsi keceriaan. Melalui amalan seumpama ini juga ahli dapat berkongsi budaya dari sudut pakaian, makanan, adat resam dan lain-lain.