LAPORAN AKTIVITI PUSPANITA CAWANGAN DAERAH PAPAR BAGI TEMPOH JANUARI 2015 HINGGA JUN 2015

TARIKH

AKTIVITI

12/01/2015

Mesyuarat AJK bersama ahli-ahli untuk membincangkan persediaan mesyuarat AgungTahunan Ke-19 PUSPANITA Cawangan Daerah Papar bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Daerah Papar.

15/01/2015

Mesyuarat AgungTahunan Ke-19 PUSPANITA Cawangan Daerah Papar bertempat di Dewan Masyarakat Papar.

19/01/2015

Mesyuarat AJK Bil.1/2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Daerah Papar.

23/01/2015

Seramai 25 orang menghadiri Mesyuarat AgungTahunan Ke-32 PUSPANITA Cawangan Negeri Sabah di Dewan Bankuasi, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

04/02/2015

Mengadakan gotong royong membersih kawasan Rumah Rehat Daerah Papar.

11/02/2015

Mesyuarat AJK Bil.2/2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Daerah Papar.

13/02/2015

Turut serta dalam pembahagian ang pow sempena Tahun Baru Cina 2015 bersama Pemimpin-Pemimpin Daerah Papar di kawasan N.21 Kawang dan N.22 Pantai Manis.

17/03/2015

Mesyuarat AJK Bil.3/2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Daerah Papar.

17/03/2015

Perlawanan persahabatan badminton bersama Persatuan Baksia di Sutera Harbour Kota Kinabalu dan dimenangi oleh PUSPANITA Cawangan Daerah Papar.

06/04/2015

Pengerusi bersama Jawatankuasa Kecil Kebajikan dan beberapa orang ahli menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada ibu Cik Fauziah Abd. Hamid  di wad Hospital Daerah Papar.

20/04/2015

Pemilihan persahabatan bola tampar di Gelanggan Balai Bomba Papar sebagai persediaan Sukan Gabungan 4 Daerah (Papar, Penampang, Tuaran dan Kota Belud) di daerah Kota Belud.

26/04/2015

Menyertai Sukan Gabungan 4 Daerah (Papar, Penampang, Tuaran dan Kota Belud)  dalam pertandingan ini Pasukan Badminton PUSPANITA Cawangan Daerah Papar telah menjadi Johan dan Naib Johan dalam pertandingan Bola Tampar.

04/06/2015

Menyambut rombongan Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara dan Pengerusi PUSPANITA Kebangsaan bersama Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah dan Penasihat PUSPANITA Cawangan Sabah ke Rumah Orang Tua Sri Prichard Kinarut.

17/06/2015

Menyumbang 200 kotak air mineral ke pusat pemindahan sementara mangsa gempabumi di Dewan Masyarakat Kundasang Ranau Sabah.