Acara

Tawau, Semporna dan Kunak
PROGRAM "WE HELP" PUSPANITA CAWANGAN SABAH
KOTA KINABALU

Program "We Help" Food Bank ini adalah merupakan program berterusan bagi membantu masyarakat yang terjejas akibat pandemik covid-19, bencana alam dan kumpulan B40. Program "We Help" seterusnya menghantar bantuan bakul makanan ke Daerah Tawau, Semporna dan Kunak pada 17 hingga 22 November 2021. Program ini merupakan anjuran bersama JKK Kebajikan yang diketuai oleh Pengerusi JKK Kebajikan Prof. Dr. Khadizah Osman dan Pentadbiran PUSPANITA Cawangan Sabah.